ABOUT US

        PENGENALAN PERSATUAN

Lajnah Jabatan Pengurusan Perniagaan (Business Club) merupakan persatuan mahasiswa di bawah Fakulti Pengurusan dan Muamalah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang ahlinya merupakan terdiri daripada pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan E-dagang, Diploma Pengurusan Perniagaan, dan Diploma Keusahawan.
          Penubuhan Business Club (BC)  telah mendapat sokongan penuh daripada ketua Jabatan Pengurusan Perniagaan sendiri iaitu Puan Norziah bt Othman yang kemudiannya diganti oleh Cik Surianom bt Miskam. Pengerusi pertama BC ialah Saudara Fazren bt Jasni. Pada sesi 2007/2008, BC telah diterajui oleh Saudara Fazren sendiri dan diikuti dengan pimpinan baru iaitu saudara Ahmad Mokhlis Bin Ahmad Fadzil, selaku pengerusi sesi 2008/2009. Seterusnya diambil alih oleh saudara Mohd Azuan bin Yusup pada sesi 2009/2010. Terkini, tampuk pimpinan 2011/2012 telah diambil alih oleh saudara Ariff Fikri bin Azhari.  
          Persatuan yang telah ditubuhkan pada Mei 2007 ini bertujuan untuk melahirkan mahasiswa/wi yang berdaya saing dan berfikiran kelas pertama. Selain itu, tujuan persatuan ini ditubuhkan adalah untuk memberi ruang bagi mahasiswa/wi untuk membentuk modal insan yang kreatif, menjaga kebajikan ahli-ahli terlibat, menjana perpaduan dalam persatuan, dan juga memupuk semangat keusahawan dalam kalangan majlis tertinggi dan ahli-ahli persatuan yang lain.
          Sepanjang penubuhan Business Club di KUIS, terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti persatuan yang telah dijalankan seperti “Eksplorasi Mendaki Gunung Datuk” di Negeri Sembilan, “Hari Keluarga Business Club”, “Kempen Menderma Darah DBM”, “Program Tautan Mahabbah” bersama Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur (PEKEAS) Rawang, Selangor dan banyak lagi.
          Sehubungan dengan itu, diharapkan Lajnah Jabatan Pengurusan Perniagaan (Business Club)  mampu mencapai objektif penubuhannya dan berjaya membawa mahasiswa/wi satu langkah kehadapan sekaligus membentuk modal insan yang seiring dengan keperluan syariat Islami dan sejajar dengan matlamat KUIS untuk membentuk dan mendidik generasi ummah agar menjadi insan soleh melalui dasar pendidikan yang berteraskan ilmu naqli (revealed knowledge) dan ilmu aqli (acquired knowledge) yang berpaksikan tauhid untuk melahirkan generasi profesional yang seimbang bagi menghadapi cabaran zaman.


VISI
    Menjadi kelab terunggul di bawah Fakulti Pengurusan dan Muamalah yang berupaya melahirkan usahawan berjaya yang seiring dengan syarak dan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.



MISI
    Menyatukan tiga kursus di bawah satu persatuan yang Kreatif dan Produktif.Menjadi kelab yang terunggul di bawah Falkulti Pengurusandan Muamalah.



OBJEKTIF
Mempromosikan Business club,
Melahirkn ramai usahawan islam yg berjaya,
Membentuk Network.